masihkah dikau seperti dulu…
Sunday, August 5th, 2007sahabat, apakah kau masih seperti dahulu…?
kalammu penuh tazkir,
mindamu sarat kalam Tuhan,
qalbumu penuh cinta Tuhan,
jasadmu hati-hati pada laku lupa Tuhan.
masihkah dikau seperti itu, sahabat?
satu hari, kalammu menyedarkan aku…
kawan biar berpada
kerana kawan kita bisa jadi alpa
kerana cinta kita bisa usir masa muda untuk amal
kerana kekasih kita mungkin lupa dosa
ku pegang tazkirmu…
buat bekal hari muka
terima kasih sahabat
kerana tazkirmu
aku bartaubat atas dosa…